Friday, December 30, 2011

Ku Hijrahkan Doa......

Gambar tu tak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Cuma CERIA....CERIA je yg terpancar. Aku suka.......Alhamdulillah.......keje minggu ni selesai, penutup tahun 2011. Hepi je...tak sabar nak tunggu salji turun sempena New Year.......ahhhh kalau lah ada......bagi orang macam aku ni tak mengharapkan pun salji..eccon pun dah tak tahan. Sempena tahun baru Ma'al Hijrah.........Ya Allah, permudahkan dan berkatilah segalanya. Engkau lindungilah orang2 yang ku sayang dan menyayangiku. Aminnnn.

Friday, October 7, 2011

TEMPE ..........?



Dulu2 aku memang tak suka TemPe......sebab aku tak suka makan kekacang kut. Lepas dapat anak 2 baru aku belajar makan tempe. Tu pun terkulat-kulat menelannya.....MIL aku yang masakkan. Masak lodeh & goreng sambal....tapi yang aku suka makan yg digoreng kosong saja....minum dgn air kopi........perghhhhhhh.....

Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe buleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja.

Apa yang ingin dipaparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:
 
1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)

Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.

Ia mengandungi protein lengkap yang menyamai kandungan protein daripada sumber haiwan.
Jadi, bagi mereka yang tidak mahu mengambil protein daripada sumber haiwan, mereka boleh menggantikannya dengan kacang soya mengikut keperluan.

Misalnya kanak-kanak memerlukan protein tumbuhan yang lebih tinggi berbanding orang dewasa bagi menggalakkan tumbesaran. Bagaimanapun, apabila tempe itu digoreng, ia menyebabkan berlakunya pertambahan lemak dalam makanan tersebut sekali gus mengurangkan khasiat protein soya yang ada.

ref : http://uthmdehati.wordpress.com/2008/07/28/khasiat-tempe/

Tuesday, July 19, 2011

KiTa InSan BiAsa.........



Cerita teladan untuk dihayati bersama.


TemPaYan Yang ReTak




Seorang tukang air yang memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua ujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari bahagiannya saja.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air dari yang seharusnya dapat saya bawa karena adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Karena cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyadari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih karena separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu perhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu. Itu karena aku selalu menyadari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu, sebagaimana yang kamu ada,
majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."




Pengajaran.

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, Kita menemukan kekuatan kita.

Wednesday, June 29, 2011

Thought of the day-2

Motivation is what gets you started
Habit is what keeps you going
So....Motivate yourself

Tuesday, June 28, 2011

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS (ISLAM)

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia
keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-
kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan
orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-
usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada
kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji
dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan -
penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap
susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius -
genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan
kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan
madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia
adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga
mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur,
fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum,
silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s. a. w bersabda, "Siapa ingin
hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa,
lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi
iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan
badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan
oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin,
mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan
merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s. a. w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang
terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan
lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s. a. w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan
yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur,
natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda
Nabi s. a. w, "Sesungguhnya seorang nabi a. s mengadu kepada Allah
(kerana dia)lemah badan. Maka Allah s. w. t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan
dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s. a. w. Limau - limau jenis lain juga elok
untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s. a. w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama
40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala.
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur
burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan
memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar
zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa
r. a meriawayatkan bahawa Nabi s. a. w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin
dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio
dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa
Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein
yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-
kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s. a. w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang
kecil.

22)SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Thought of the day-1

Experience makes a person bitter or better.
Experience is a form of knowledge acquired
Only two ways ~ by doing and being done.

Monday, June 27, 2011

Best Greentech Blog.....

Tomorrow is Greener.......http://www.greenfrogfromsiliconvalley.com/

Teruja pasal article about GREEN Project.  GO GREEN...is about something FRESH & CLEAN!!!.....untuk wakaf kami yang dah lama terbiar. Well...i really appreciate it..........kena kerja kuat ni untuk mengemas, mencantas daun2 kering & layu, membaja, membersih kolam ikan. Tabiklah & thanks a lot  to my hubby & my daughter atas keperihatinan & kerajinan kalian walaupun sangat busy......ada masa Che Tun & Alisha akan tolong....alahai....;-)










Thursday, June 23, 2011

Aku dan masa…….

Aku create blog untuk mengisi masa lapang yang kadang2 sebenarnya aku pun tak tau macamana nak istilahkan masa lapang tu sendiri. Aku pun tak tau apa nak ditulis dlm blog dah. Aku rasa lapan jam sehari utk bekerja dan masa selebihnya utk family dah full sesangat. Penatnya tak dapat dibayangkan sejak ada baby ni. Bukannya apa, pegi keje 2 jam dlm perjalanan, balik pulak kalau jam teruk maunya 4 jam tp yg standardnya 2 jam jugak nak sampai ke rumah. Nasib baik dalam bas boleh tido kadang2 tu terlentok ke kiri ke kanan. Kalau ada member kat sebelah nasiblah jadi ‘tempat sandaran’ pulak hahhaahhhaaaaaa. Tu yang buat badan sakit2 jer,dah seniorlah katakan. Alahai muka pegi keje sama jer macam balik keje muka mengantuk. Malam jadi burung hantu plak mata susah nak lelap...kuang...kuang..kuang.

Friday, May 20, 2011

Green Cream Puff

Green Cream Puff Sumber :  Rima@Bisous A Toi

Bahan-bahan
100gm mentega
130ml air
110 tepung gandum
3 biji telur B
1/4 sudu teh garam
2 titik pewarna hijau (K1 tambah)

Topping
50gm mentega
50gm gula kaster
50gm tepung gandum
1 sudu besar air
1 sudu teh pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau (K1 tambah)
(Satukan semua bahan, dan pukul hingga rata.  Masukkan ke dalam piping bag yang digunting muncungnya)

Filing Krim Kastard
250ml susu segar / susu sejat
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar mentega
(Satukan semua bahan, kecuali mentega.  Gaul rata dan tapis ke dalam periuk.  Masukkan mentega dan masak di atas api perlahan hingga kental dan berkilat.  Sejukkan dahulu sebelum dipaip ke dalam cream puff)

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Gris dulang pembakar atau alas dengan kertas minyak yang dileser dengan majerin.
2.  Masak air dan mentega hingga mendidih.  Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat hingga menjadi doh.  Buka api dan masak hingga kepingan nipis gandum terbentuk di tepi periuk.  Padamkan api.
3.  Masukkan doh ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan perlahan untuk mengeluarkan haba.  Masukkan sebiji telur dahulu, putar hingga bergaul rata, kemudian masukkan baki telur satu persatu hingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.
4.  Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozzle bulat 1cm dan paip ke atas dulang pembakar.  Jarakkan sedikit adunan.  Kemudian paipkan topping ke atasnya berbentuk lingkaran.
5.  Bakar di rak atas pada suhu 180C selama 15 minit kemudian tukar kepada suhu 160C dan bakar selama 10 minit.  Tutup oven dan biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum di keluarkan.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di paipkan dengan krim kastard.  Picit krim kastard pada bahagian bawah cream puff hingga penuh atau potong bahagian tengahnya dan masukkan krim kastard.
http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/05/green-cream-puff.html

Friday, March 18, 2011

Pancake



Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang

credit to http://anjungnorry.blogspot.com/

Apam Polka Dot



Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
Pewarna ikut suka

Cara-cara1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan   gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar
credit to http://anjungnorry.blogspot.com/

Thursday, March 17, 2011

Donat blueberry - Mat Gebu

P1250847

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram tepung roti (mat guna tepung gandum)
11 gram instant yeast (mauripan)
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla
50 gram mentega
1 camca besar shortening @ lemak sayur
2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung @ susu pekat manis
1/2 camca teh garam
190 - 200 ml air suam
Gula aising, untuk hiasan
Blueberry filling untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas besar, masukkan air suam, gula, garam, mentega, shortening, susu dan yeast, biar hingga yeast berbuih. Ayak 1/2 bahagian tepung dan gaul hingga hingga rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Rehat kan doh 15 minit, canai doh tadi kurang lebih 1/2 inci, jika agak lembut boleh tabur sedikit tepung. Terap dengan acuan bentuk bulat berukuran 3 inci, alih atas loyang. Buat hingga siap.
  3. Rehat kan 15 - 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat, tos dan sejukkan.
  4. Dengan menggunakan gunting, buat sedikit lubang di tengah2 bahagian donat, saiz lubang bergantung ada saiz donat. Buat hingga siap, ayak gul aising dan sudukan sedikit blueberry filling pada lubang tadi. Boleh hidangkan..
    credit to Mat Gebu http://tiffinbiru.blogspot.com/















Resipi Tiramisu
bahan
200ml whipping cream
250gm cream cheese
20gm gelatin (cari yg halal)
120gm gula
80ml air panas/suam
150ml yogurt perisa asli
kek sponge (beli dah siap je senang ) heheheheh
secawan nescafe O


Cara buat
1-pukul whipping cream sampai gebu ....simpan dalam peti ais (pukul agak2 dah kembang ...berenti , jangan pukul lagi ..karang dia cair balik , dah takleh guna , mahal tau whipping cream ni hahaha)
2-pukul cream cheese dengan gula sampai kembang , pastu masukkan yogurt .
3-amik air panas , masukkan gelatin ..kacau ..sampai rata .... sampai cair semuanya ....sejukkan ...dah sejuk , masukkan dalam adunan cheese tadi ...gaul rata ...dah rata , masukkan adunan whipping cream ....kacau ....
4-dah siap tu ..susun ler kek sponge ...dalam cawan kaki ke ...mangkuk kaca ke ...ikut ler suka hati korang ...takder peraturan dan pantang larang hehehe . Tapi kalo bekas cantik tu ..nampak ler cantik jadiknya ....

thanks to http://danisha-nur.blogspot.com/

Puisi perpisahan (cilok punya)

Orang kata , saat nak mula yang paling susah,
tapi saat terakhir pun tak pernah mudah

bila dah sampai masa melangkah , hati mesti terus gagah
yang mula , pasti ada akhirnya , cuma bila dan di mana
sampai masa , akan tahu arahnya

tinggalkan semua , tapi bukan selamanya
akan ada yang tinggal ...kenangan
akan ada yang kekal , suka duka yang tak pernah padam
bukan sikit susah payah yang kita lalui bersama
bukan sikit gelak tawa yang kita lalui bersama

berat melangkah , tapi perjalanan harus diteruskan
yang masih ada , teruskan berjuang
yang pergi , biar dia teruskan perjalanan
dimana-mana pun cabaran pasti ada
bezanya siapa , apa dan bagaimana
jangan takut mencuba

kita dibawah langit yang sama
hari ini hujan dari langit kita , mentari tak muncul sampaikan cahaya
esok lusa , pasti ada
mana tahu pelangi akan dikirim sama

credit to :http://danisha-nur.blogspot.com/

Al-Fatihah buat suami tercinta

13hb March 1967 - 17hb February 2019