Thursday, September 18, 2014

3 Tips Usahawan Sukses Dari Ustaz Yusuf Mansur


Beliau merupakan seoang pendakwah dari Indonesia, mempunyai lebih dari 1,000 buah sekolah maahad tahfiz di sana serta merupakan seorang usahawan. Sudah ramai usahawan yang sukses di sana dengan mengikut cara yang beliau sarankan. Berikut, tips dari Ustaz Yusuf Mansur untuk maju dan sukses dalam bisnes:



Tips 1 : Benarkan Solat

Maksudnya di sini, solat 5 waktu perlu cukup. Jika kita selalu tinggalkan solat, itu bererti kita masih belum bersiap menjadi orang kaya dan berjaya. Cuba bayangkan sahaja jika bisnes online anda banyak tempahan dan ada perlu lakukan banyak hal, adakah solat di abaikan terus?
Maka sebelum bercita-cita mahu sukses dalam bisnes, cukupkan solat dan selalu hadirkan diri ketika waktu tahajud. Pesan Ustaz Yusuf lagi, usahawan yang sukses biasanya gemar untuk solat dhuha dan makin kuat keinginan kita untuk sukses, maka perbanyakkanlah bilangan rakaat dhuha.

Tips 2 : Berdoa Dengan Istiqamah

Kata Ustaz Yusuf Mansur lagi, kebanyakan orang hanya berdoa hal-hal yang biasa sahaja dan tidak berdoa secara spesifik. Minima jika tidak ada idea mahu berdoa apa, berdoalah seperti “ Ya Allah, jadikanlah saya usahawan yang berjaya”…Sebut 3 kali dalam doa dan lakukan secara istiqamah dalam semua solat.
Waktu paling dekat antara kita dengan Allah swt ialah ketika bersujud. Maka perbanyakkan doa semasa sujud. Sebolehnya setiap kali kita sujud selepas membaca doa dalam sujud, sambung doa tersebut dengan meminta Allah mengurniakan kita perniagaan online yang sukses. Namun doa tersebut di bacakan dalam hati,jika tidak terbatal pula solat anda.

Tips 3 : Banyakkan Sedekah

Sedekah adalah satu hal yang amat dahsyat dan ajaib. Menurut Ustaz Yusuf Mansur, Allah sudah mengajar kita cara yang mudah untuk kaya namun ramai yang suka untuk menggunakan jalan yang sukar.
Jalan yang mudah ialah dengan sedekah kerana Allah sudah berjanji bahawa sedekah yang baik akan mendapat balasan minima 10 hingga 700 kali ganda atau lebih dari itu.

Ada seorang hamba Allah yang menggunakan cara sedekah,walaupun pendapatan bulanannya dari jualan di gerai kecil hanya RM600, tetapi beliau dengan nekad bersedekah sehingga RM1,200  supaya di murahkan rezeki. Nyatanya dari hari ke hari hidupnya semakin kurang dan di halau penyewa kerana ketiadaan wang. Walaupun di uji sebegitu oleh Allah, namun dia sabar dan yakin sedekahnya akan Allah balas. Sedang melakukan jualan dalam keadaan hiba, sedih dan tiada simpanan, datang seorang hamba Allah si A bertanya kepada penjual tadi, adakah dia boleh menerima tempahan nasi yang banyak dimana jumlahnya mencecah ribuan? Penjual tadi bingung dan terkejut kerana tidak pernah menerima tempahan sebanyak itu.
Dia terus menerima tawaran itu dan selepas daripada itu hidupnya berubah 360 darjah. Tempahan makanan masuk tidak putus-putus. Penjual itu setelah sukses menangis menceritakan hal itu kepada Ustaz Yusuf Mansur. Kini dia yakin bahawa bilamana kita sedekah hanya kerana untuk Allah dan untuk mendapat balasan dari Allah, insyaAllah Allah akan membuka jalan buat kita seluas-luasnya.


Penutup

Sebenarnya ada banyak lagi tips berguna yang di kongsi oleh Ustaz Yusuf Mansur tentang panduan murah rezeki dalam bisnes dan hidup berpandukan al-quran dan al-sunnah. Himpunan video Ustaz Yusuf Mansur yang bertajuk  “Semua Orang Bisa Jadi Usahawan”

Ada waktunya kita sudah berusaha dari segi ilmiah duniawi, namun mungkin kedekatakan kita dengan Maha Pencipta yang kurang membuatkan Allah itu menangguh pemberianNya. Dia mahu sahaja memberikan kekayaan kepada kita namun bilamana kita sudah bersedia. Kita perlu yakin, Allah mahu yang terbaik buat diri kita. Dia mahu kita sentiasa mengingati dirinya sewaktu kita susah dan berusaha untuk sukses dan lebih mencintai dan mensyukuri nikmat pemberiaanNya sewaktu senang. Ini kerana Allah mahu kita menjadi usahawan yang sukses dunia dan juga akhirat.

Kredit to & Read more: http://www.wangcyber.com/3-tips-usahawan-sukses-dari-ustaz-yusuf-mansur/#ixzz3DdbCOPRW

Al-Fatihah buat suami tercinta

13hb March 1967 - 17hb February 2019