Green Cream Puff Sumber : Rima@Bisous A Toi
Bahan-bahan
100gm mentega
130ml air
110 tepung gandum
3 biji telur B
1/4 sudu teh garam
2 titik pewarna hijau (K1 tambah)
Topping
50gm mentega
50gm gula kaster
50gm tepung gandum
1 sudu besar air
1 sudu teh pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau (K1 tambah)
(Satukan semua bahan, dan pukul hingga rata. Masukkan ke dalam piping bag yang digunting muncungnya)
Filing Krim Kastard
250ml susu segar / susu sejat
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar mentega
(Satukan semua bahan, kecuali mentega. Gaul rata dan tapis ke dalam periuk. Masukkan mentega dan masak di atas api perlahan hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu sebelum dipaip ke dalam cream puff)
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Gris dulang pembakar atau alas dengan kertas minyak yang dileser dengan majerin.
2. Masak air dan mentega hingga mendidih. Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat hingga menjadi doh. Buka api dan masak hingga kepingan nipis gandum terbentuk di tepi periuk. Padamkan api.
3. Masukkan doh ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan perlahan untuk mengeluarkan haba. Masukkan sebiji telur dahulu, putar hingga bergaul rata, kemudian masukkan baki telur satu persatu hingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozzle bulat 1cm dan paip ke atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit adunan. Kemudian paipkan topping ke atasnya berbentuk lingkaran.
5. Bakar di rak atas pada suhu 180C selama 15 minit kemudian tukar kepada suhu 160C dan bakar selama 10 minit. Tutup oven dan biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum di keluarkan.
6. Sejukkan dahulu sebelum di paipkan dengan krim kastard. Picit krim kastard pada bahagian bawah cream puff hingga penuh atau potong bahagian tengahnya dan masukkan krim kastard.
http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/05/green-cream-puff.html
Friday, May 20, 2011
Friday, March 18, 2011
Pancake

Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan
Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang
credit to http://anjungnorry.blogspot.com/
Apam Polka Dot

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
Pewarna ikut suka
Cara-cara1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar
credit to http://anjungnorry.blogspot.com/
Thursday, March 17, 2011
Donat blueberry - Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram tepung roti (mat guna tepung gandum)
11 gram instant yeast (mauripan)
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla
50 gram mentega
1 camca besar shortening @ lemak sayur
2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung @ susu pekat manis
1/2 camca teh garam
190 - 200 ml air suam
Gula aising, untuk hiasan
Blueberry filling untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam satu bekas besar, masukkan air suam, gula, garam, mentega, shortening, susu dan yeast, biar hingga yeast berbuih. Ayak 1/2 bahagian tepung dan gaul hingga hingga rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
- Rehat kan doh 15 minit, canai doh tadi kurang lebih 1/2 inci, jika agak lembut boleh tabur sedikit tepung. Terap dengan acuan bentuk bulat berukuran 3 inci, alih atas loyang. Buat hingga siap.
- Rehat kan 15 - 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat, tos dan sejukkan.
- Dengan menggunakan gunting, buat sedikit lubang di tengah2 bahagian donat, saiz lubang bergantung ada saiz donat. Buat hingga siap, ayak gul aising dan sudukan sedikit blueberry filling pada lubang tadi. Boleh hidangkan..
credit to Mat Gebu http://tiffinbiru.blogspot.com/

Resipi Tiramisu
bahan
bahan
200ml whipping cream
250gm cream cheese
20gm gelatin (cari yg halal)
120gm gula
80ml air panas/suam
150ml yogurt perisa asli
kek sponge (beli dah siap je senang ) heheheheh
secawan nescafe O
Cara buat
1-pukul whipping cream sampai gebu ....simpan dalam peti ais (pukul agak2 dah kembang ...berenti , jangan pukul lagi ..karang dia cair balik , dah takleh guna , mahal tau whipping cream ni hahaha)
2-pukul cream cheese dengan gula sampai kembang , pastu masukkan yogurt .
3-amik air panas , masukkan gelatin ..kacau ..sampai rata .... sampai cair semuanya ....sejukkan ...dah sejuk , masukkan dalam adunan cheese tadi ...gaul rata ...dah rata , masukkan adunan whipping cream ....kacau ....
4-dah siap tu ..susun ler kek sponge ...dalam cawan kaki ke ...mangkuk kaca ke ...ikut ler suka hati korang ...takder peraturan dan pantang larang hehehe . Tapi kalo bekas cantik tu ..nampak ler cantik jadiknya ....
thanks to http://danisha-nur.blogspot.com/
Puisi perpisahan (cilok punya)
Orang kata , saat nak mula yang paling susah,
tapi saat terakhir pun tak pernah mudah
bila dah sampai masa melangkah , hati mesti terus gagah
yang mula , pasti ada akhirnya , cuma bila dan di mana
sampai masa , akan tahu arahnya
tinggalkan semua , tapi bukan selamanya
akan ada yang tinggal ...kenangan
akan ada yang kekal , suka duka yang tak pernah padam
bukan sikit susah payah yang kita lalui bersama
bukan sikit gelak tawa yang kita lalui bersama
berat melangkah , tapi perjalanan harus diteruskan
yang masih ada , teruskan berjuang
yang pergi , biar dia teruskan perjalanan
dimana-mana pun cabaran pasti ada
bezanya siapa , apa dan bagaimana
jangan takut mencuba
kita dibawah langit yang sama
hari ini hujan dari langit kita , mentari tak muncul sampaikan cahaya
esok lusa , pasti ada
mana tahu pelangi akan dikirim sama
credit to :http://danisha-nur.blogspot.com/
tapi saat terakhir pun tak pernah mudah
bila dah sampai masa melangkah , hati mesti terus gagah
yang mula , pasti ada akhirnya , cuma bila dan di mana
sampai masa , akan tahu arahnya
tinggalkan semua , tapi bukan selamanya
akan ada yang tinggal ...kenangan
akan ada yang kekal , suka duka yang tak pernah padam
bukan sikit susah payah yang kita lalui bersama
bukan sikit gelak tawa yang kita lalui bersama
berat melangkah , tapi perjalanan harus diteruskan
yang masih ada , teruskan berjuang
yang pergi , biar dia teruskan perjalanan
dimana-mana pun cabaran pasti ada
bezanya siapa , apa dan bagaimana
jangan takut mencuba
kita dibawah langit yang sama
hari ini hujan dari langit kita , mentari tak muncul sampaikan cahaya
esok lusa , pasti ada
mana tahu pelangi akan dikirim sama
credit to :http://danisha-nur.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ya Allah… ENGKAU permudahkanlah jalanku. Kerana jalan yg ku lalui ini adalah jalan yg terpaksa kugagahi dengan kudratku yg lemah. Jalan yg ...