Thursday, October 31, 2013
Bila Allah Menduga Kita
Sinopsis:
Bila Allah Menduga Kita lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
Setiap saat Allah akan menduga umatNya dengan berbagai ujian tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah. Setiap perkara yang akan datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.
'Dugaan itu nikmat dan rezeki itu pun nikmat. Redha dan bersyukurlah, Alhamdulillah'
"Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Al-Fatihah buat suami tercinta
13hb March 1967 - 17hb February 2019
-
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, Pergilah ke tempat yang kamu inginkan, Jadilah seperti yang kamu harapkan, K...
-
Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau ...
No comments:
Post a Comment