Tuesday, September 11, 2012

JanGan LuPa NaMaKu......


Cinta tu macam burung… yang kita pegang.
Jangan pegang kuat-kuat. Nanti dia mati.
Tapi jangan lepaskan dia, nanti dia takkan kembali.....

betul ke..... but I really appreciate this song.....

Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

...............................................................................

Wednesday, June 6, 2012

A TalKing Frog - SmiLe of the day

Jane, who's 77 years old, loves to walk by the river. A few weeks ago, she was strolling along when she heard a voice say, "Pick me up."


She looked around and couldn't see anyone. She thought she was dreaming or had just imagined it when she heard the voice say again, "Pick me up."


She looked down, and there, floating in the water, was a frog. Jane said, "Are you talking to me?"
The frog said, "Yes, I'm talking to you. Pick me up and kiss me, and I'll turn into the most handsome man you've ever seen -- and I'll give you the most wonderful pleasures you could ever dream of."


Jane looked at the frog for a few minutes and then reached over and picked it up carefully, placing it in her purse.


Then the frog said, "Are you nuts? Didn't you hear what I said? I said kiss me, and I'll give you pleasures like you never had."


Jane opened her purse, looked at the frog, and said, "At my age, I'd rather have a talking frog........hehehheeeehhhhhhhhhhh



Monday, May 28, 2012

25may dalam kenangan

Hari ni kena hantar baby sbb hubby outstation. selalu baby menangis bila sampai je simpang ke rumah
pengasuh tapi arini dia ok. Aku umpan dia kononnya kerusi yg baru dibeli ada kat rumah Umi. Mmg kerusi tu lupa nak bawak balik. Dia yg pilih kerusi comel tu, siap ada bunyi lg......pettttttttt kalau duduk. Macam lah kasut baby yg ada bunyi tu. Mengena jugak lah umpan pagi2 ni.................bye...bye....adiq.....


Arini ni naik bas siap pilih2 lg....SKS @ SUASANA EDARAN. Wah ....naik SE. Bas nya mcm executive coach. Sebesar-besar kerusi duk sorang2. Bahagia rasanya........mata tak leh nak lelap plak.....sekejap jer dah sampai PUTRA LRT Cntral Market. Bekejar-kejar nak cepat sampai off lg 20min kul 10. Lebih nanti kena amek 1/2 day plak.......cepat2 ambik syiling. Byk jgk lah duit nya sbb dah lama tak guna. Berat beg ni.....masa mengira-ngira tu ada lah sorang mamat kopiah ni panggil aku.......'akak ada duit syiling 1.50 tak?'. 'Saya tak ada duit syiling'. Nak je aku ckp ' pi la tukar kat kaunter. Diaorg mmg dah spare duit syiling byk2 klu ada sesape nak tukar'. tapi sbb aku nak cepat dan tak nak buang masa aku hulur je, ala apa sgt dgn 1.50sen tu....amek je lah. Dia terpinga-pinga sbb aku tak amek pun duit seringgit yg dia bg. Aku bukan tak sudi tp nak cepat. Tak pelah kira 'sedekah jelah'. Moga mamat tu akan kenang dan mendoakan aku murah rezeki.

Yang bestnya dlm bas tadi jumpa dgn sorang kakak ni. Dah lama sgt tak jumpa dia. Dia tanya aku bila cuti sek. dgn penuh confident aku kata 'next week kak. awal bulan 6'. Kakak tu kata dia dah tak ada anak yg sek. sebab tu tak ingat. 'Ialah kak.......sy ada form 4' hahhaaaaaa rupanya minggu ni cuti sek tu. Abis lah aku nanti klu terjumpa dia lg......malunya......
Tghari pi cari sup. Zipzappppp suppppp dgn Kak Zai & Intan. Hahahaaaa pekena mehoon bakso kat VIVA HOME. Boleh tahan regenya. Sepinggan rm6.50 + sebiji meatball sebesar penumbuk rm3.00. Tak abisssss makan. Amek kau.........

Yg bestnya Kak Zai tergelak besar. Aku dulu 1st time dtg pun sama, skit perut gelak. Nasib baik masa makan meatball tu digunting2 sikit. Kalau tak puas nak nganga..........kak zai & aku.

& Intan dan kak sarah.

Dua2 gambar ni masa kat Al-Rawsha.


Tapi yg paling best masa nak balik. Penulis comel nak ikut sekali. Tapi dgn selambanya kata ' akak sy tak tau nak beli token nak pegi CM. Alamak !!!!! tu la hubby antar & ambik depan off. Kalau naik tren pun hubby jgk lah yg belikan ticket. Wuaaaaaaa.......cayalah. 'Sygnya dia kat u. Caringnya'. Jealous i tau.

Tak pelah JOM......aku antar dia beli token & sms aku katanya terus dpt tren. Moga selamat sampai.......


Kawanku seorang penulis yg gigih........Semoga berjaya http://www.danisha-nur.blogspot.com/

Thursday, February 23, 2012

Seagong Cinta Julaibib

“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu.
Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa.

Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.


Itulah kehebatan cinta diciptakan Allah dalam setiap diri manusia. Allah ciptakan cinta tanpa dapat dilihat, apatah lagi disentuh, namun tetap dirasai setiap manusia.

Cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia, iaitu kecenderungan kepada lawan jantinanya sebagai saling melengkapi di antara satu sama lain.

Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”

Istilah cinta terlalu indah, bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma. Apatah lagi bagi remaja yang ghairah mencari cinta dan datang serta pergi silih berganti.

Mungkin kerana itu, cinta usia remaja dipanggil ‘cinta monyet’ kerana sifat monyet tidak tetap dan bertukar-tukar tempat tinggalnya.

Saya umpamakan cinta sebagai satu masakan. Keenakan sesuatu masakan bergantung kepada bahan digunakan. Jika bagus kualitinya, tepat sukatannya serta betul adunannya, enaklah masakan itu.

Namun, jika tidak berkualiti bahannya dan tidak betul adunannya, pasti masakan itu tidak enak dimakan.

Pendek kata, semua bergantung kepada tukang masak kerana dia bakal menentukan rasa sesuatu masakan. Oleh itu, tukang masak perlu mempelajari teknik masakan betul untuk menghasilkan makanan enak.

Begitu juga perihal cinta. Untuk mendapatkan kemanisan cinta sejati, tentu ramuannya perlu sempurna. Pergaulan hendaklah sentiasa dibatasi. Paling utama, panduan serta tunjuk ajar agama perlu ditaati supaya cinta yang didamba bukan cinta dimurkai.
Cinta juga subjektif kerana kita mempunyai alasan menyintai seseorang. Ada yang menyintai kerana tertarik dengan kecantikan atau ketampanan. Tidak kurang yang menyintai pasangan kerana ‘jatuh hati’ pada hartanya.

Zaman ini, sukar bertemu cinta yang benar ikhlas kerana Allah. Apabila berbicara mengenai cinta, saya teringat kisah sahabat Rasulullah SAW bernama Julaibib.

Julaibib adalah pemuda yang kurang elok paras rupanya. Pendek kata, wanita zaman itu lebih rela membujang hingga ke tua daripada bersuamikan Julaibib.
Satu hari, Rasulullah SAW mengajak Julaibib ke rumah sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis rupawan.

Berjumpalah Rasulullah SAW dengan bapa kepada gadis itu dan melamarnya untuk Julaibib.

Si bapa tersentak seketika sebaik mendengar nama Julaibib dan memohon untuk berbincang dengan isterinya. Seperti diduga, isterinya juga terkesima mendengar perkhabaran itu.

Namun tidak bagi si gadis yang mendengar perbualan orang tuanya. Si gadis berkata kepada ibu bapanya: “Adakah sanggup ibu dan ayah menolak pinangan serta hajat daripada kekasih Allah? Jika pinangan itu daripada kekasih Allah, sudah pasti ada kebaikannya.”

Kemudian berkahwinlah wanita tadi bersama Julaibib. Namun tidak lama selepas itu Julaibib menyertai satu peperangan bersama Rasulullah dan terkorban.

Rasulullah sendiri mendukung Julaibib dan meletakkan tubuh syahidnya di dalam liang lahad. Rasulullah SAW memuliakan Julaibib.

Lalu berebut-rebutlah para sahabat untuk mengahwini balu Julaibib dan akhirnya dikatakan wanita itu dikahwini sahabat Nabi SAW bernama Saad bin ‘Ubadah, hartawan terkenal zaman itu.

Inilah kisah yang dapat memberi panduan kepada kita menyintai seseorang itu kerana agama, bukan nafsu semata-mata.

Bak kata pepatah: ‘Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan Allah, kekal untuk selama-lamanya’.


Tuesday, February 14, 2012

DOA

Bissmillahirahmanirahim,


Ya Allah,
Syukur atas Rahmat dan Nikmat Mu kepada kami semua,
mohon diampunkan dosa ibubapa dan guru2 kami,
tunjukkan kami jalan yang lurus,
berilah kami sihat sentiasa,
permudahkanlah urusan kami,
dihalang dari gangguan syaitan dan bencana,
berilah ketenangan kepada kami,
sejahteralah keluarga kami dan org tersayang.

Ya Allah,
tambahkan bagi kami rezeki yang halal,
ilmu yang bermanafaat,
iman yang kuat,
hati yang bersih,
kecerdikan yang tinggi,
dan kejayaan yang besar.


kekalkan kasih dan sayang sesama kami umat Islam,
semoga kau jadikan hari ini lebih baik dari semalam.


Amin. Ya Rabbil'alamin.

Thursday, February 2, 2012

MENGIMBAU KENANGAN LALU


Bulan February kembali lagi, Seperti tahun2 yang lalu, terasa usia meningkat. Tapi usia just angkakan.Dalam hati sentiasa rasa muda............
Dlm duduk2 ni, sambil2 buat kerja yang x pernah abis, terdengar lak lagu ni, tersentuh perasaan  ......... "Sekuntum Mawar Merah, Sebuah puisi, Untuk Gadis Pilihan, di BULAN FEBRUARY" ........... dan seterusnya. 
Terus teringat lak zaman muda2 dulu, kata org la, kenangan silam, tersentuh gak hati. Yer la, time tu, semuanya indah, x gitu?
Jadi, siapa2 la yang ada kenangan manis di Bulan February, dengar2kan la lagu ni, sambil mengingati kembali kenangan lalu

Al-Fatihah buat suami tercinta

13hb March 1967 - 17hb February 2019