Saturday, January 28, 2012

Masak Special Ke ???

Hari Ini bekerja keras memasak . . . .selalunye hidangan hidangan simple2 . . . .bukannye ape . . .sekali-sekala memasak untuk adek bongsu . . . .

  Minum petang
Mee Hailam Berkuah




Makan Malam
Ketam Masak Lemak Cili Api


 Sayur Goreng Kobis


 Ikan Perkasam Laut Goreng


 Ikan Kembung Goreng


 Ulam Petai


Ikan Bilis Tempoyak


Friday, January 27, 2012

TETAMU SENJA



Benarkah kita ini tetamu senja? 
Bila difikirkan, direnung dan diamati, terasa amat kerdil diri ini..................
Cuma berapa ramaikah diantara kita yang sedar kita ini hanyalah tetamu senja yang singgah sebentar, mencari bekal dalam menempuh perjalanan menuju destinasi yang kekal abadi?
Perjalanan yang telah kita tempuh penuh liku, penuh ranjau dan onak duri memberikan kita pengajaran serta pengalaman yang amat berharga. 
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan harapan kita agar esok akan menjadi lebih baik dari hari ini.....
Sama2lah kita berdoa dan memohon kepadaNYA......

Thursday, January 5, 2012

Asal kenyang ?

 Pegi sini makan tghari. best gak......tensen2 melepak kat sini....bagi org bujang lah....aku tak de ler......baik tido je....

nanee makan fish & chip


kami minum carrot jus & ice lemon tea

aku makan salad+fish but no chip ?

Kenyang ? gitu gitu jer......sekadar makan main-main & takut kelaparan plak petangnya.
Pagi dah kenyang makan nasi lemak yg boss belanja.........errrkkkkkkkkk kenyangnya
jengggg.....jengggg......baru perasan

apasal DAUN PISANGNYA Kunin+coklat2.........ni daun Pisang layu ke @ daun pisang kering. tapi DaUn PiSang ke? Alhamdulillah kenyang.........tqsm to my boss.......apa2 pun doa dimurahkan rezeki selalu.....bukan salah dia pun daUn piSang tu mcm tu kan.......

SenYum !!!! Tak PerLu KaTa aPa Apa

aaaaaaaarrrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................
mengantuknya....................Aku dah tak boleh bukak mata ni !!!!!!

Doa 12 pintu kebaikan

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu
kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu
cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu
keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Friday, December 30, 2011

Ku Hijrahkan Doa......

Gambar tu tak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Cuma CERIA....CERIA je yg terpancar. Aku suka.......Alhamdulillah.......keje minggu ni selesai, penutup tahun 2011. Hepi je...tak sabar nak tunggu salji turun sempena New Year.......ahhhh kalau lah ada......bagi orang macam aku ni tak mengharapkan pun salji..eccon pun dah tak tahan. Sempena tahun baru Ma'al Hijrah.........Ya Allah, permudahkan dan berkatilah segalanya. Engkau lindungilah orang2 yang ku sayang dan menyayangiku. Aminnnn.

Friday, October 7, 2011

TEMPE ..........?



Dulu2 aku memang tak suka TemPe......sebab aku tak suka makan kekacang kut. Lepas dapat anak 2 baru aku belajar makan tempe. Tu pun terkulat-kulat menelannya.....MIL aku yang masakkan. Masak lodeh & goreng sambal....tapi yang aku suka makan yg digoreng kosong saja....minum dgn air kopi........perghhhhhhh.....

Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe buleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja.

Apa yang ingin dipaparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:
 
1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)

Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.

Ia mengandungi protein lengkap yang menyamai kandungan protein daripada sumber haiwan.
Jadi, bagi mereka yang tidak mahu mengambil protein daripada sumber haiwan, mereka boleh menggantikannya dengan kacang soya mengikut keperluan.

Misalnya kanak-kanak memerlukan protein tumbuhan yang lebih tinggi berbanding orang dewasa bagi menggalakkan tumbesaran. Bagaimanapun, apabila tempe itu digoreng, ia menyebabkan berlakunya pertambahan lemak dalam makanan tersebut sekali gus mengurangkan khasiat protein soya yang ada.

ref : http://uthmdehati.wordpress.com/2008/07/28/khasiat-tempe/

Al-Fatihah buat suami tercinta

13hb March 1967 - 17hb February 2019