Thursday, February 23, 2012

Seagong Cinta Julaibib

“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu.
Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa.

Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.


Itulah kehebatan cinta diciptakan Allah dalam setiap diri manusia. Allah ciptakan cinta tanpa dapat dilihat, apatah lagi disentuh, namun tetap dirasai setiap manusia.

Cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia, iaitu kecenderungan kepada lawan jantinanya sebagai saling melengkapi di antara satu sama lain.

Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”

Istilah cinta terlalu indah, bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma. Apatah lagi bagi remaja yang ghairah mencari cinta dan datang serta pergi silih berganti.

Mungkin kerana itu, cinta usia remaja dipanggil ‘cinta monyet’ kerana sifat monyet tidak tetap dan bertukar-tukar tempat tinggalnya.

Saya umpamakan cinta sebagai satu masakan. Keenakan sesuatu masakan bergantung kepada bahan digunakan. Jika bagus kualitinya, tepat sukatannya serta betul adunannya, enaklah masakan itu.

Namun, jika tidak berkualiti bahannya dan tidak betul adunannya, pasti masakan itu tidak enak dimakan.

Pendek kata, semua bergantung kepada tukang masak kerana dia bakal menentukan rasa sesuatu masakan. Oleh itu, tukang masak perlu mempelajari teknik masakan betul untuk menghasilkan makanan enak.

Begitu juga perihal cinta. Untuk mendapatkan kemanisan cinta sejati, tentu ramuannya perlu sempurna. Pergaulan hendaklah sentiasa dibatasi. Paling utama, panduan serta tunjuk ajar agama perlu ditaati supaya cinta yang didamba bukan cinta dimurkai.
Cinta juga subjektif kerana kita mempunyai alasan menyintai seseorang. Ada yang menyintai kerana tertarik dengan kecantikan atau ketampanan. Tidak kurang yang menyintai pasangan kerana ‘jatuh hati’ pada hartanya.

Zaman ini, sukar bertemu cinta yang benar ikhlas kerana Allah. Apabila berbicara mengenai cinta, saya teringat kisah sahabat Rasulullah SAW bernama Julaibib.

Julaibib adalah pemuda yang kurang elok paras rupanya. Pendek kata, wanita zaman itu lebih rela membujang hingga ke tua daripada bersuamikan Julaibib.
Satu hari, Rasulullah SAW mengajak Julaibib ke rumah sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis rupawan.

Berjumpalah Rasulullah SAW dengan bapa kepada gadis itu dan melamarnya untuk Julaibib.

Si bapa tersentak seketika sebaik mendengar nama Julaibib dan memohon untuk berbincang dengan isterinya. Seperti diduga, isterinya juga terkesima mendengar perkhabaran itu.

Namun tidak bagi si gadis yang mendengar perbualan orang tuanya. Si gadis berkata kepada ibu bapanya: “Adakah sanggup ibu dan ayah menolak pinangan serta hajat daripada kekasih Allah? Jika pinangan itu daripada kekasih Allah, sudah pasti ada kebaikannya.”

Kemudian berkahwinlah wanita tadi bersama Julaibib. Namun tidak lama selepas itu Julaibib menyertai satu peperangan bersama Rasulullah dan terkorban.

Rasulullah sendiri mendukung Julaibib dan meletakkan tubuh syahidnya di dalam liang lahad. Rasulullah SAW memuliakan Julaibib.

Lalu berebut-rebutlah para sahabat untuk mengahwini balu Julaibib dan akhirnya dikatakan wanita itu dikahwini sahabat Nabi SAW bernama Saad bin ‘Ubadah, hartawan terkenal zaman itu.

Inilah kisah yang dapat memberi panduan kepada kita menyintai seseorang itu kerana agama, bukan nafsu semata-mata.

Bak kata pepatah: ‘Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan Allah, kekal untuk selama-lamanya’.


Tuesday, February 14, 2012

DOA

Bissmillahirahmanirahim,


Ya Allah,
Syukur atas Rahmat dan Nikmat Mu kepada kami semua,
mohon diampunkan dosa ibubapa dan guru2 kami,
tunjukkan kami jalan yang lurus,
berilah kami sihat sentiasa,
permudahkanlah urusan kami,
dihalang dari gangguan syaitan dan bencana,
berilah ketenangan kepada kami,
sejahteralah keluarga kami dan org tersayang.

Ya Allah,
tambahkan bagi kami rezeki yang halal,
ilmu yang bermanafaat,
iman yang kuat,
hati yang bersih,
kecerdikan yang tinggi,
dan kejayaan yang besar.


kekalkan kasih dan sayang sesama kami umat Islam,
semoga kau jadikan hari ini lebih baik dari semalam.


Amin. Ya Rabbil'alamin.

Thursday, February 2, 2012

MENGIMBAU KENANGAN LALU


Bulan February kembali lagi, Seperti tahun2 yang lalu, terasa usia meningkat. Tapi usia just angkakan.Dalam hati sentiasa rasa muda............
Dlm duduk2 ni, sambil2 buat kerja yang x pernah abis, terdengar lak lagu ni, tersentuh perasaan  ......... "Sekuntum Mawar Merah, Sebuah puisi, Untuk Gadis Pilihan, di BULAN FEBRUARY" ........... dan seterusnya. 
Terus teringat lak zaman muda2 dulu, kata org la, kenangan silam, tersentuh gak hati. Yer la, time tu, semuanya indah, x gitu?
Jadi, siapa2 la yang ada kenangan manis di Bulan February, dengar2kan la lagu ni, sambil mengingati kembali kenangan lalu

10 Tips Mengatasi Stress

Hidup itu seperi gunung dan lembah, kadang naik, kadang juga turun sampai ke jurang. Karena distorsi yang begitu besar antara keduanya, sering kali manusia tiap siap menghadapi masa-masa ‘jurang’ tersebut. Mungkin satu-satunya jalan adalah mencari solusi dari masalah utama. Namun, solusi itu sendiri pun masih sulit untuk diusahakan dalam waktu dekat. Dan akhirnya ini menimbulkan stres.
Sebaiknya, Anda tidak harus menunggu sampai solusi ditemukan untuk mengatasi stress tersebut, karena ketika stres, tubuh Anda akan mengalami penurunan, bahkan bisa sakit-sakitan dan ada yang sampai bunuh diri. Ingatlah, bahwa di dalam tubuh yang sehat terdapat jiwa yang kuat.
Bila Anda sekarang mengalami stres, Anda bisa mencari pertolongan pertama untuk tubuh Anda sendiri sampai ditemukannya solusi yang sebenarnya. Berikut ini adalah beberapa tips yang bisa Anda pakai untuk mengatasi stress.........knp KEVIN ZahRi berdialect indon ni......http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-mengatasi-stres/

Semua yg dlm list tu mmg aku ada buat...tp yg paling selalu buat 'SenYum ' ;-)

Wednesday, February 1, 2012

TERIMA KASIH ALLAH


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus harap kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula. Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah dengan ajaib sekali tanpa disangka-sangka.

Begitulah, janganlah kita putus harap dengan bantuan dan pertolongan ALLAH,Kita merancang, ALLAH jua merancang, namun perancanganNYA lebih sempurna dan lebih adil untuk kita umatNYA

Al-Fatihah buat suami tercinta

13hb March 1967 - 17hb February 2019