Friday, November 16, 2012

Falsafah di sebalik Maal Hijrah 1434


Mengujudkan kehidupan berdasarkan nilai nilai Islam
Yang berkeyakinan atas keEsaan Allah SWT
Hijrah Nabi ke Madinah untuk membentuk formula Islam
Kebijaksanaan Nabi berhijrah dari darul kufur ke darul ISLAM
Dan bermulalah detik Takwim Islam
Transformasi hidup bermasyarakt serta mengujudkan kekuatan umat Islam
Nilai kasih sayang dapat diterjemahkan
Melangkah pada kehidupan yang lebih baik & bahagia
Hijrah diri Rasulallah
walaupun kurang makan, kurang tidur
Tapi gagah melangkah untuk mendapatkan kehidupan yang abadi di SANA…..
Seimbangkan harapan menuju kebaikan
Dengan rasa takut, tawaduk, rahmat dan kasih sayang
Dihiasi dengan kehidupan yang positif.
Apakah Maal Hijrah.......
Hanya baca doa awal & akhir tahun !
Namun sudah menjadi kebiasaan & tradisi
Dan bagaimana dengan kesedaran untuk memotivasikan diri
Ke arah menjadi INSAN & berubah ke arah kebaikan
secara logiknya ikutlah 'FITRAH'
kehormatan & kemuliaan modalnya 'UMUR'
Harusnya ada kesedaran yang membawa kepada kebaikan
Pada saat ingin menjadi orang yang baik & mulia
Perlu keazaman yang nekad & arah yang satu
Nekad yang positive adalah BERKAT
Meminta pertolongan Allah Azawajalla
Penghijrahan diri sendiri berpaksi dan CINTA kepada Allah SWT.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat '-Hamka
Banyak peluang untuk menjadi lebih baik tapi..........
banyak yang menjadi kekangan ke arah kebaikan.
Moga bertambah ilmu dan bertambahlah HIDAYAH ALLAH.

YA ALLAH BANTULAH AKU DALAM MENGINGATI MU,
BERSYUKUR DENGAN NIKMAT MU DAN DALAM MENGERJAKAN IBADAH KEPADA MU.
AMIN…………….

An incredible love story - 01



An incredible love story has come out of China recently and managed to touch the world.
It is a story of a man and an older woman who ran off to live and love each other in peace for over half a century.


The 70-year-old Chinese man who hand-carved over 6,000 stairs up a mountain for his 80-year-old wife has passed away in the cave which has been the couple's home for the last 50 years.
Over 50 years ago, Liu Guojiang a 19 year-old boy, fell in love with a 29 year-old widowed mother named Xu Chaoqin..




In a twist worthy of Shakespeare's Romeo and Juliet, friends and relatives criticized the relationship because of the age difference and the fact that Xu already had children.
At that time, it was unacceptable and immoral for a young man to love an older woman.. To avoid the market gossip and the scorn of their communities, the couple decided to elope and lived in a cave in Jiangjin County in Southern ChongQing Municipality.
In the beginning, life was harsh as hey had nothing, no electricity or even food. They had to eat grass and roots they found in the mountain, and Liu made a kerosene lamp that they used to light up their lives.

Xu felt that she had tied Liu down and repeatedly asked him, 'Are you regretful? Liu always replied, 'As long as we are industrious, life will improve.'
In the second year of living in the mountain, Liu began and continued for over 50 years, to hand-carve the steps so that his wife could get down the mountain easily.
Half a century later in 2001, a group of adventurers were exploring the forest and were surprised to find the elderly couple and the over 6,000 hand-carved steps. Liu MingSheng, one of their seven children said, 'My parents loved each other so much, they have lived in seclusion for over 50 years and never been apart a single day. He hand carved more than
6,000 steps over the years for my mother's convenience, although she doesn't go down the mountain that much.'

The couple had lived in peace for over 50 years until last week. Liu, now 72 years, returned from his daily farm work and collapsed. Xu sat and prayed with her husband as he passed away in her arms. So in love with Xu, was Liu, that no one was able to release the grip he had on his wife's hand even after he had passed away.
The couple had lived in peace for over 50 years until last week. Liu, now 72 years, returned from his daily farm work and collapsed. Xu sat and prayed with her husband as he passed away in her arms. So in love with Xu, was Liu, that no one was able to release the grip he had on his wife's hand even after he had passed away. 
 
'You promised me you'll take care of me, you'll always be with me until the day I died, now you left before me, how am I going to live without you?'

Xu spent days softly repeating this sentence and touching her husband's black coffin with tears rolling down her cheeks. In 2006, their story became one of the top 10 love stories from China , collected by the Chinese Women Weekly. The local government has decided to preserve the love ladder and the place they lived as a museum, so this love story can live forever.

Tuesday, November 6, 2012

JanGan BerSangKa-SangKa.



Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..

Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk.........

Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela.............

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...



credit to : http://www.puspitakirana.com/2012/02/kata-kata-motivasi-islam.html

Thursday, November 1, 2012

قراءة القرآن الكريم

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Al-kisah seorang atuk tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi dia bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti nya dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan atuk seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu mengalir keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Kamu hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ Atuk tidak mahu sebaldi air, atuk mahu seguni air. Kamu tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba sekali lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh. Semua air yang dibawa masih mengalir keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air  tetapi apabila sampai kepada atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan katanya, 'tengok atuk, tak guna!’ ‘ Jadi kamu fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

credit to (sorry...terlupa reference)

U're My Friend

Tuesday, September 11, 2012

JanGan LuPa NaMaKu......


Cinta tu macam burung… yang kita pegang.
Jangan pegang kuat-kuat. Nanti dia mati.
Tapi jangan lepaskan dia, nanti dia takkan kembali.....

betul ke..... but I really appreciate this song.....

Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

...............................................................................

Wednesday, June 6, 2012

A TalKing Frog - SmiLe of the day

Jane, who's 77 years old, loves to walk by the river. A few weeks ago, she was strolling along when she heard a voice say, "Pick me up."


She looked around and couldn't see anyone. She thought she was dreaming or had just imagined it when she heard the voice say again, "Pick me up."


She looked down, and there, floating in the water, was a frog. Jane said, "Are you talking to me?"
The frog said, "Yes, I'm talking to you. Pick me up and kiss me, and I'll turn into the most handsome man you've ever seen -- and I'll give you the most wonderful pleasures you could ever dream of."


Jane looked at the frog for a few minutes and then reached over and picked it up carefully, placing it in her purse.


Then the frog said, "Are you nuts? Didn't you hear what I said? I said kiss me, and I'll give you pleasures like you never had."


Jane opened her purse, looked at the frog, and said, "At my age, I'd rather have a talking frog........hehehheeeehhhhhhhhhhh



Monday, May 28, 2012

25may dalam kenangan

Hari ni kena hantar baby sbb hubby outstation. selalu baby menangis bila sampai je simpang ke rumah
pengasuh tapi arini dia ok. Aku umpan dia kononnya kerusi yg baru dibeli ada kat rumah Umi. Mmg kerusi tu lupa nak bawak balik. Dia yg pilih kerusi comel tu, siap ada bunyi lg......pettttttttt kalau duduk. Macam lah kasut baby yg ada bunyi tu. Mengena jugak lah umpan pagi2 ni.................bye...bye....adiq.....


Arini ni naik bas siap pilih2 lg....SKS @ SUASANA EDARAN. Wah ....naik SE. Bas nya mcm executive coach. Sebesar-besar kerusi duk sorang2. Bahagia rasanya........mata tak leh nak lelap plak.....sekejap jer dah sampai PUTRA LRT Cntral Market. Bekejar-kejar nak cepat sampai off lg 20min kul 10. Lebih nanti kena amek 1/2 day plak.......cepat2 ambik syiling. Byk jgk lah duit nya sbb dah lama tak guna. Berat beg ni.....masa mengira-ngira tu ada lah sorang mamat kopiah ni panggil aku.......'akak ada duit syiling 1.50 tak?'. 'Saya tak ada duit syiling'. Nak je aku ckp ' pi la tukar kat kaunter. Diaorg mmg dah spare duit syiling byk2 klu ada sesape nak tukar'. tapi sbb aku nak cepat dan tak nak buang masa aku hulur je, ala apa sgt dgn 1.50sen tu....amek je lah. Dia terpinga-pinga sbb aku tak amek pun duit seringgit yg dia bg. Aku bukan tak sudi tp nak cepat. Tak pelah kira 'sedekah jelah'. Moga mamat tu akan kenang dan mendoakan aku murah rezeki.

Yang bestnya dlm bas tadi jumpa dgn sorang kakak ni. Dah lama sgt tak jumpa dia. Dia tanya aku bila cuti sek. dgn penuh confident aku kata 'next week kak. awal bulan 6'. Kakak tu kata dia dah tak ada anak yg sek. sebab tu tak ingat. 'Ialah kak.......sy ada form 4' hahhaaaaaa rupanya minggu ni cuti sek tu. Abis lah aku nanti klu terjumpa dia lg......malunya......
Tghari pi cari sup. Zipzappppp suppppp dgn Kak Zai & Intan. Hahahaaaa pekena mehoon bakso kat VIVA HOME. Boleh tahan regenya. Sepinggan rm6.50 + sebiji meatball sebesar penumbuk rm3.00. Tak abisssss makan. Amek kau.........

Yg bestnya Kak Zai tergelak besar. Aku dulu 1st time dtg pun sama, skit perut gelak. Nasib baik masa makan meatball tu digunting2 sikit. Kalau tak puas nak nganga..........kak zai & aku.

& Intan dan kak sarah.

Dua2 gambar ni masa kat Al-Rawsha.


Tapi yg paling best masa nak balik. Penulis comel nak ikut sekali. Tapi dgn selambanya kata ' akak sy tak tau nak beli token nak pegi CM. Alamak !!!!! tu la hubby antar & ambik depan off. Kalau naik tren pun hubby jgk lah yg belikan ticket. Wuaaaaaaa.......cayalah. 'Sygnya dia kat u. Caringnya'. Jealous i tau.

Tak pelah JOM......aku antar dia beli token & sms aku katanya terus dpt tren. Moga selamat sampai.......


Kawanku seorang penulis yg gigih........Semoga berjaya http://www.danisha-nur.blogspot.com/

Thursday, February 23, 2012

Seagong Cinta Julaibib

“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu.
Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa.

Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.


Itulah kehebatan cinta diciptakan Allah dalam setiap diri manusia. Allah ciptakan cinta tanpa dapat dilihat, apatah lagi disentuh, namun tetap dirasai setiap manusia.

Cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia, iaitu kecenderungan kepada lawan jantinanya sebagai saling melengkapi di antara satu sama lain.

Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”

Istilah cinta terlalu indah, bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma. Apatah lagi bagi remaja yang ghairah mencari cinta dan datang serta pergi silih berganti.

Mungkin kerana itu, cinta usia remaja dipanggil ‘cinta monyet’ kerana sifat monyet tidak tetap dan bertukar-tukar tempat tinggalnya.

Saya umpamakan cinta sebagai satu masakan. Keenakan sesuatu masakan bergantung kepada bahan digunakan. Jika bagus kualitinya, tepat sukatannya serta betul adunannya, enaklah masakan itu.

Namun, jika tidak berkualiti bahannya dan tidak betul adunannya, pasti masakan itu tidak enak dimakan.

Pendek kata, semua bergantung kepada tukang masak kerana dia bakal menentukan rasa sesuatu masakan. Oleh itu, tukang masak perlu mempelajari teknik masakan betul untuk menghasilkan makanan enak.

Begitu juga perihal cinta. Untuk mendapatkan kemanisan cinta sejati, tentu ramuannya perlu sempurna. Pergaulan hendaklah sentiasa dibatasi. Paling utama, panduan serta tunjuk ajar agama perlu ditaati supaya cinta yang didamba bukan cinta dimurkai.
Cinta juga subjektif kerana kita mempunyai alasan menyintai seseorang. Ada yang menyintai kerana tertarik dengan kecantikan atau ketampanan. Tidak kurang yang menyintai pasangan kerana ‘jatuh hati’ pada hartanya.

Zaman ini, sukar bertemu cinta yang benar ikhlas kerana Allah. Apabila berbicara mengenai cinta, saya teringat kisah sahabat Rasulullah SAW bernama Julaibib.

Julaibib adalah pemuda yang kurang elok paras rupanya. Pendek kata, wanita zaman itu lebih rela membujang hingga ke tua daripada bersuamikan Julaibib.
Satu hari, Rasulullah SAW mengajak Julaibib ke rumah sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis rupawan.

Berjumpalah Rasulullah SAW dengan bapa kepada gadis itu dan melamarnya untuk Julaibib.

Si bapa tersentak seketika sebaik mendengar nama Julaibib dan memohon untuk berbincang dengan isterinya. Seperti diduga, isterinya juga terkesima mendengar perkhabaran itu.

Namun tidak bagi si gadis yang mendengar perbualan orang tuanya. Si gadis berkata kepada ibu bapanya: “Adakah sanggup ibu dan ayah menolak pinangan serta hajat daripada kekasih Allah? Jika pinangan itu daripada kekasih Allah, sudah pasti ada kebaikannya.”

Kemudian berkahwinlah wanita tadi bersama Julaibib. Namun tidak lama selepas itu Julaibib menyertai satu peperangan bersama Rasulullah dan terkorban.

Rasulullah sendiri mendukung Julaibib dan meletakkan tubuh syahidnya di dalam liang lahad. Rasulullah SAW memuliakan Julaibib.

Lalu berebut-rebutlah para sahabat untuk mengahwini balu Julaibib dan akhirnya dikatakan wanita itu dikahwini sahabat Nabi SAW bernama Saad bin ‘Ubadah, hartawan terkenal zaman itu.

Inilah kisah yang dapat memberi panduan kepada kita menyintai seseorang itu kerana agama, bukan nafsu semata-mata.

Bak kata pepatah: ‘Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan Allah, kekal untuk selama-lamanya’.


Tuesday, February 14, 2012

DOA

Bissmillahirahmanirahim,


Ya Allah,
Syukur atas Rahmat dan Nikmat Mu kepada kami semua,
mohon diampunkan dosa ibubapa dan guru2 kami,
tunjukkan kami jalan yang lurus,
berilah kami sihat sentiasa,
permudahkanlah urusan kami,
dihalang dari gangguan syaitan dan bencana,
berilah ketenangan kepada kami,
sejahteralah keluarga kami dan org tersayang.

Ya Allah,
tambahkan bagi kami rezeki yang halal,
ilmu yang bermanafaat,
iman yang kuat,
hati yang bersih,
kecerdikan yang tinggi,
dan kejayaan yang besar.


kekalkan kasih dan sayang sesama kami umat Islam,
semoga kau jadikan hari ini lebih baik dari semalam.


Amin. Ya Rabbil'alamin.

Thursday, February 2, 2012

MENGIMBAU KENANGAN LALU


Bulan February kembali lagi, Seperti tahun2 yang lalu, terasa usia meningkat. Tapi usia just angkakan.Dalam hati sentiasa rasa muda............
Dlm duduk2 ni, sambil2 buat kerja yang x pernah abis, terdengar lak lagu ni, tersentuh perasaan  ......... "Sekuntum Mawar Merah, Sebuah puisi, Untuk Gadis Pilihan, di BULAN FEBRUARY" ........... dan seterusnya. 
Terus teringat lak zaman muda2 dulu, kata org la, kenangan silam, tersentuh gak hati. Yer la, time tu, semuanya indah, x gitu?
Jadi, siapa2 la yang ada kenangan manis di Bulan February, dengar2kan la lagu ni, sambil mengingati kembali kenangan lalu

10 Tips Mengatasi Stress

Hidup itu seperi gunung dan lembah, kadang naik, kadang juga turun sampai ke jurang. Karena distorsi yang begitu besar antara keduanya, sering kali manusia tiap siap menghadapi masa-masa ‘jurang’ tersebut. Mungkin satu-satunya jalan adalah mencari solusi dari masalah utama. Namun, solusi itu sendiri pun masih sulit untuk diusahakan dalam waktu dekat. Dan akhirnya ini menimbulkan stres.
Sebaiknya, Anda tidak harus menunggu sampai solusi ditemukan untuk mengatasi stress tersebut, karena ketika stres, tubuh Anda akan mengalami penurunan, bahkan bisa sakit-sakitan dan ada yang sampai bunuh diri. Ingatlah, bahwa di dalam tubuh yang sehat terdapat jiwa yang kuat.
Bila Anda sekarang mengalami stres, Anda bisa mencari pertolongan pertama untuk tubuh Anda sendiri sampai ditemukannya solusi yang sebenarnya. Berikut ini adalah beberapa tips yang bisa Anda pakai untuk mengatasi stress.........knp KEVIN ZahRi berdialect indon ni......http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-mengatasi-stres/

Semua yg dlm list tu mmg aku ada buat...tp yg paling selalu buat 'SenYum ' ;-)

Wednesday, February 1, 2012

TERIMA KASIH ALLAH


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus harap kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula. Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah dengan ajaib sekali tanpa disangka-sangka.

Begitulah, janganlah kita putus harap dengan bantuan dan pertolongan ALLAH,Kita merancang, ALLAH jua merancang, namun perancanganNYA lebih sempurna dan lebih adil untuk kita umatNYA

Sunday, January 29, 2012

Breakfast ape ??

Ala western la konon2 nye . . .ewah cayalah . . .kurus aku sbulan mcm ni . . .Telur + Roti Telur sosej + tomato slice
Tembikai n  roti telur gulung bersosej . . . .

Saturday, January 28, 2012

Masak Special Ke ???

Hari Ini bekerja keras memasak . . . .selalunye hidangan hidangan simple2 . . . .bukannye ape . . .sekali-sekala memasak untuk adek bongsu . . . .

  Minum petang
Mee Hailam Berkuah




Makan Malam
Ketam Masak Lemak Cili Api


 Sayur Goreng Kobis


 Ikan Perkasam Laut Goreng


 Ikan Kembung Goreng


 Ulam Petai


Ikan Bilis Tempoyak


Al-Fatihah buat suami tercinta

13hb March 1967 - 17hb February 2019