13hb March 1967 - 17hb February 2019
LaMan HaTi...
Wednesday, April 24, 2019
Wednesday, March 28, 2018
doa
Ya Allah… ENGKAU permudahkanlah jalanku. Kerana jalan yg ku lalui ini adalah jalan yg terpaksa kugagahi dengan kudratku yg lemah. Jalan yg kulalui ini adalah denai yg ku terokai – menebas hutan duri, mencantas enau yg merobek tangan dan kaki. Lelah kadangkala melukakan tubuh dan menggodam akalku ini.
Ya Allah… Datangkanlah kepada ku orang-orang yang meyakiniku… bahawa denai sekecil ini suatu hari nanti menjadi lebuhraya yg menjadi laluan setiap orang yg memahami erti ‘kehidupan’. Amin… Ya Rabbalalamin.
Wednesday, June 14, 2017
PoSiTive Thought
aku sayang pada diriku sendiri |
yang berlalu biar lah berlalu |
masa depan lebih penting |
hai diriku |
tetaplah tersenyum |
tetaplah bahagia |
aku melihat diriku yang ceria itu |
aku melihat diriku yang bahagia itu |
itu lah diriku yang sesungguhnya |
aku ingin kembali |
ke mana kah aku selama ini |
aku sangat berharga |
aku ini diinginkan Tuhan |
masa depan ku penting |
keluargaku penting |
hidupku ini sangat penting |
hal hal yang tidak penting |
tidak boleh menganggu aku |
perasaan perasaan tidak beharga aku letakkan |
aku tinggalkan |
demi kebahagiaanku |
demi ketenangan hidupku |
aku ikhlaskan masa laluku |
bukan aku kalau tidak ikhlas |
aku letakkan aku lepaskan |
agar ringan langkahku |
agar sihat badanku |
agar indah masa depanku |
ya Tuhan mudahkan lah bahagia ku |
semudah nafasku |
hai diriku tetaplah tersenyum |
tetaplah bahagia |
hal hal yang tak sanggup aku pikirkan |
ku serahkan pada yang Maha kuasa |
fikiran fikiran yang tak sanggup aku pikirkan |
memang bukan untuk dipikirkan |
bukan bahagianku |
aku ikhlaskan |
dan aku merasakan kedamaian |
semoga tidurku nyenyak |
semoga hatiku tabah |
begitu sejuk rasanya |
bangga menjadi diri yang tenang |
sangat bahagia |
ku merasakan tubuhku sihat |
oksigen yang ku hirup |
membawa kebahagiaan |
menebar ke seluruh tubuhku |
Tuhan yang Maha besar |
hadir di batinku |
ini yg membuat aku tenang |
aku sihat |
aku bahagia |
aku ikhlas |
aku berjaya |
Tuesday, March 21, 2017
Bicara untuk Sahabat
Sahabat.........antara kasih dan sayang
Ku cederakan hatiku
Demi persahabatan ini
Ku jaga hatimu selalu.......
Dalam perjalanan yang panjang
Aku terpinggir dalam kepercayaan
Aku lelah berlari mengejar kejujuranmu
Langkahku lesu menyusur likumu
Kasihku terkulai dihujung untaian
Dan menghempas sayangku di pantai sepi
Aku termangu dalam kesenakkan
Sayangku mengecut kekeringan
Aku rebah longlai dikamar duka
Aku lemas dalam rindu tenggelam dalam tangisan
Sahabat.........antara kasih dan sayang Aku datang tak diundang Aku menjauh tak dipinta Aku beralah bukan tak sayang Aku berlalu demi kedamaian Walaupun engkau anggap aku tidak memahami mu
|
Ya Allah...wahai Allah
Pandanglah aku peluklah aku
Pimpin dan genggam erat hatiku
Aku mohon padaMu
Bantulah aku jejakiMu
Aku kini mencari redhaMu
Sungguhpun dalam perjalanan yang panjang
Aku sering lupa mengingatiMu
Wahai yang maha pemberi dan pemurah
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalananku
Aku merayu dan mengharap keampunanMu
Kurniaan dan keampunanMu untuk dosa yang berterusan ini
Ku pohon rahmat dan kemuliaan
Ku persembahkan kepada Mu Tuhan sekelian makhluk
Thursday, February 23, 2017
Redha kah kita ???
Kisah tragik remaja cerdik
Dia dapat tawaran lanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan bukan daripada sebuah universiti di United Kingdom (UK) tapi empat, iaitu University of Liverpool, Universiy of Manchester, University of Southampton dan The Royal Holloway di Universiy of London.
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/a-kadir-jasin/kisah-tragik-remaja-cerdik-1.630748
Sebagai ibubapa memang mengharapkan yang terbaik untuk anak anak. Anak ku juga menjadi mangsa keadaan. Semoga ada hikmah di sebalik yang terjadi.
"THINK POSITIVE BE POSITIVE"
Wednesday, February 22, 2017
Tuesday, February 21, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
Al-Fatihah buat suami tercinta
13hb March 1967 - 17hb February 2019
-
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, Pergilah ke tempat yang kamu inginkan, Jadilah seperti yang kamu harapkan, K...
-
Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau ...